Pages

Tuesday, November 6, 2012

Maafkan Sayaaa ! :'(

Dengan lafaz 'bismillah' aku ingin menceritakan kisah hati aku. Dengan lafaz 'bismillah' aku berharap mereka memaafkan aku. Dan dengan lafaz 'bismillah' , sungguh aku menyayangi mereka :')
Maafkan aku, Sayangg. Lidah yang sentiasa salah bicara, hati yang sentiasa salah menduga , fikiran yang sentiasa salah menyangka membuatkan sekeping hatimu sentiasa terluka. Sungguh, aku tiada niat laen selaen daripada menginginkan kau melakukan yang terbaek dalam hidup. Tapi, mungkin aku silap. Sepatutnya, sahabat yang sejati akan menerima pasangannya sama ada baek atau buruk si dia. Sekali lagi, maaf. Hanya itu aku mampu ucapkan. Maafkan aku yang tak bisa menjadi seorang teman yang sempurna. Lumrah manusia, hanya menginginkan yang cantek belaka tanpa menghiraukan hati pasangannyaa. Ya, aku salah. Sekali lagi. Aku sentiasa mengulang salah yang sama. Melukakan. Melukakan. Terus melukakan. Khilafku ! Andai kau tahu isi hatiku, aku pasti kau akan terima kata-kata hikmat yang kau anggap sebagai dusta itu. Andai kau tahu, betapa dalamnya kasihku, aku pasti, kau akan terima amarahku dengan sebaeknya. Aku hanya inginkan yang terbaik. Jika bagimu aku ni pendusta, ya ! aku memang pendusta. Jika bagimu aku ni pencinta, ya ! aku memang pencinta. Aku hanya ingin melihat senyuman di wajah molekmu. Cukup, buat aku mengerti apa itu 'bahagia'. Walaupun sering kali, amarah yang aku lemparkan, jauh di sudut hati, aku menangis. Aku menangis kerana aku tidak mampu memberi kelembutan pada engkau. Kelembutan yang layak kau terima. Sungguh, aku sangat mengasihimu. Aku ingin kau menjadi yang terbaek dalam kalangan yang terbaek. Itu harapanku. Kejayaan yang kau terima satu hari nanti, akan membuatkan kau mengerti segala isi hatiku. Andai kau tidak pernah menyalahkanku, dan andai aku tidak pernah menyalahkan diri aku sendiri. Sekeping hati yang kau miliki, telah aku lukai. Tetapi, sekeping hati yang aku miliki, telah kau terbangkan bersama angin yang membawa 1001 kegembiraan dan kebahgiaan hati.
*Saya sayangg sangat dekat awak. Saya takut, saya tak kuat bila awak dah takde dekat sisi saya. Takut sangatt. Awakk, maafkan saya. Saya takde niat lain. Saya cuma nak awak berubah kepada yang lebih baik. Saya nak awak bahagiakan ibu dan abah awak. Itu saje sayangg. Takpe, mungkin cara saya salah. Maafkan saya buat awak banyak sangat terluka. Mungkin awak rase saya dah tak sayang awak lagi tapi sebenarnye, saya selalu rindukan awak. Saya cuma nak awak tahu, saya memang terima awak seadanya. Baik buruk awak, saya terima. InsyaAllah~ Tapi saya masih berharap, awak boleh berubah ke arah yang lebih baik. Semua ini, untuk awak sendiri sayangg. Bukan untuk saya. Saya takut, satu hari bila saya dah takde dekat sisi awak, takde siape yang nak dorong awak. Saya nak awak jadi lebih kuat.
*Awak, saya akan selalu rindukan awak. Gelak ketawa awak, semua sentiasa ada dalam kotak hati saya. InsyaAllah selagi Allah maseh izinkan. Biarlah kita bahagia dengan cara kita. Andai makian yang saya dapat, mampu buat awak girang, maki lah saya. Andai tumbukan yang saya dapat mampu buat aku ceria, tumbuklah saya. Tetapi, andai senyuman yang saya lemparkan, membuatkan awak berduka, saya sanggup menangis sepanjang hari. Semua kerana saya sayang awakk.
*Awakk, terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh sebab sudi jadi pendengar setia saya. Maafkan salah-salah saya. I know who I'm. Maaf atas segala keburukan saya yang awak terima. Siapa kita dulu, itu tak penting. Siapa kita sekarang akan menentukan kebahgiaan kita masa akan datang. InsyaAllah~ Senyuman awak, kebahgiaan saya. Gelak tawe awak, penawar duka saya. Kemanjaan awak, penghapus aer mate saya. Terus berada di sisi saya dan terus menjadi teman saya. Itu saya harapkan. Terus berada di belakang saya dan terus menjadi penyokong saya. Itu saya inginkan. Andai Allah izinkan, saya ingin kita terus berpimpin tangan :)
*Di luar saya tersenyum tapi di dalam, separuh jiwaku telah pergi. Sayang sekalian, saya akan selalu rindukan awak semua. Kasih saya untuk awak semua akan sentiasa saya jaga. InsyaAllah. Hanya mampu tadah tangan dan berdoa :) Allah menentukan segalanya. Kenang daku, dalam doamu. Maaf untuk segala kekurangan. Terima kaseh untuk segala kelebihan. Salam Sayangg <3

Saturday, November 3, 2012

Good Luck Sayanggg ! ^_^

Tak jawab dosa kalau jawab anda sayang saya :) ha ha ha. Terima Kaseh kerana menyayangi saya dan saya akan membalas sayang itu ! Wahhh~ jiwangg >.< Ha ha ha. Sekali sekala. okeyh ! Kesah ape pulak ye entry kali ni? Actually, pasal exam. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Macam mana ek? Takpe, kite start dengan trial yang baru je lepas ni. Haihh ! =.= Korang nak tahuu? aku dengan member2 aku, belum panas punggung lagi duduk study, tup tup kena final exam isnin nieh ! Whhooaa -,- Macam mane nieh? Takpe takpe, watlex watpeace ! Ha ha ha. Even tak berapa nak ready, aku dand the geng kena ready jugak lah kenns? Ngeee :D And now, aku nak wish dekat sayang-sayang aku. Firstly, for my sweetheart :: AISYAH IZZATI, good luck eh sayangg. Hope Ecah dapat buat yang terbaekk untuk bagi senyuman dekat ibu and abah. Kite nak minta maaf if ada buat salah yang di sengajakan or takk. Maaf ye ! Kekadang, lidah salah bicara, hati salah menduga dan fikiran salah mengira terus membuatkan hati terluka. Maaf Sayangg ! If you know, I love you damn much ! Mmmuah sebijik ! :* He he he. And, one more thing. Kite harap Ecah kurangkan sikit perangai yang suke memberontak and merungut tuh sayangg. Sungguh, kite tak suke. Maaf, kalau kite terlebih. Tapi, kite perlu cakap ini. Kite cuma nak Ecah lebih bersyukur dengan apa yang kite ada and dapat. Even tak seberapa, semua tuh ada hikmah disebaliknya sayangg. And kite perlu usaha lebih untuk dapatkan lebih, bukan merungut or memberontak macam Ecah buat. Seriously, kite nak sangatt Ecah buat yang terbaek dalam hidup Ecah :) Kite nak Ecah jadi kuat sebab kite tak mampu berada disamping Ecah sampai bila-bila. Satu saat, kite perlu terima kenyataan yang kite akan berpisah satu hari nanti sama ada kita mahukannya ataupun tidak :') Secondly, for my baby :: AINA NAQILAH, good luck sayangg. Hope Aina dapat buat yang terbaekk. Kite dah janji kan nak jadi 'Cikgu' ? And I hope, kite dapat capai same-same :') Even, Aina selalu sangat buli Asmah tapi Asmah tak kesahh. Sebab Asmah tahu, Asmah akan rindu saat-saat itu :) Asmah nak Aina tahu, bila Asmah cakap "aku taknak kawan kau !", itu hanyalah sekadar kata-kata yang Asmah tak pernah maksudkannya. Sebaliknya, dalam hati Asmah cakap "Aku nak jadi kawan kau sampai bila-bila". When I say "I love youu, I really mean it ! ". Aina jangan cepat putus asa eh? Asmah tahu, Aina kuat orangnye :) Maaf, kalau selama kita bersahabat, ada kata-kata yang menyinggung perasaan, yang mengguris hati dan melukan jiwa. Maaf sayangg. Mmmuah setepek ! :* He he he. Lastly, for my honeydew :: NURUL NAJWA, good luck eh sayangg :) buat yang terbaek tauu. Nak exam ni, kurang-kurangkan lah sikit manja dengan mak tuh. He he he. Nak minta maaf, if selama ni hati banyak terluka kerana sikap yang tak diduga, percakapan yang ter'over'. Asmah harap, Najwa sayangkan Asmah macam mana Asmah sayangkan Najwa eh? Cewaahhh~ Ha ha ha. Terima kaseh sebab sentiasa ada disamping Asmah dikala Asmah gembira dan berduka. Walaupun kadang-kadang, nasihat Najwa takboleh pakai untuk Asmah, tapi terima kaseh sebab sudi jadi pendengar setia Asmah. Ha ha ha. Mmuah sebuku ! :* He he he. Busuk ! :p Saya sayang awak semua :) And untuk readers sekalian, good luck jugak eh? Bukan untuk exam jee tapi untuk kehidupan anda sekalian :)
Anda bahagia? Saya akan lebih bahagia. Anda berduka? Saya akan turut mengalirkan aer mata. Saya harap, kita akan jadi lebih tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Salam Sayangg :: SITI NORASMAH MISMAN ^_^