Pages

Wednesday, December 2, 2015

Isu Pendidikan : Benarkah Pendidikan Seni Memberi Masa Depan yang Buruk Kepada Pelajar
Nama : Siti Norasmah binti Misman
No matrik : 235467
Kuliah: 02

Benarkah pendidikan seni itu memberi masa depan yang gelap kepada anak muda masa kini? Mengapa masih ramai yang berfikiran begitu? Sedangkan Pendidikan Seni adalah salah satu subjek yang boleh melihat sejauh mana anak muda masa kini mengeluarkan daya imaginasinya melalui lukisan. 

Pendidikan seni juga membawa perkara-perkara yang positif. Walaubagaimanapun, masih ramai lagi masyarakat yang memandang serong terhadap subjek Pendidikan Seni dan menganggap Pendidikan Seni itu hanya membuang masa.
 
Antara perkara yang positif dalam subjek Pendidikan Seni ialah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Hal ini kerana pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran yang lain. Teknik pengajaran ini mampu menarik minat setiap pelajar untuk mengeksperasikan perasaan melalui lukisan. 
 
Selain itu, Pendidikan seni juga memupuk nilai kerjasama. Hal ini kerana secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni dalam pendidikan tidak dapat mengelakkan murid murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. 
 
Akhir kata, Pendidikan Seni ini mempunyai kepentingan yang sama seperti subjek subjek lain. Pendidikan seni juga tidak akan memberi masa depan yang buruk kepada pelajar kerana Pendidikan Seni telah berjaya melahirkan beberapa orang yang berjaya di dalam dunia dalam bidang pendidikan seni.
 


Thursday, November 26, 2015

Isu Kesihatan : Kanser Payu Dara
Nama : Siti Norasmah Binti Misman
No Matrik : 235467
Group : Kuliah 2

            Sakit dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Jika tiada penjagaan yang rapi dalam aspek kesihatan, pastinya risiko berpenyakit itu lebih tinggi untuk dihidapi. Wanita lebih dikenali dengan risiko kanser payu dara.  Kanser payu dara ialah kanser yang biasa menimpai kaum wanita dan kanser tersebut mewakili 31% daripada kejadian kanser di kalangan wanita di Malaysia.
Apakah sebenarnya kanser payu dara? Kanser payu dara ialah sejenis tumor yang menular dengan ganas dan mengancam nyawa dan berkembang di dalam tisu payu dara. Tumor ini boleh merebak ke nodus limfa yang terletak di bawah ketiak dan seterusnya bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang-temulang dan hepar jika tidak dikesan dan dirawat dari awal.
Kanser ini boleh berpunca daripada berapa lama seorang wanita itu terdedah kepada estrogen. Setiap kali sesuatu sel itu membahagi, tercetuslah beribu-ribu reaksi biokimia yang mesti berlaku dengan pantas dan tanpa sebarang kesilapan. Selain itu, penyebab kanser payu dara ialah kerosakan oksidan iaitu radikal bebas yang menimpai DNA sel-sel duktus. Zarah-zarah oksidan boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kesilapan kasar semasa pembahagian sel, dengan itu melahirkan sel-sel yang membarah.
Secara realitinya, kita tidak boleh berbuat apa-apa tentang keturunan kita yang berpenyakit dan tidak banyak yang kita boleh lakukan secara berseorangan khususnya mengenai persekitaran kimia. Walau bagaimanapun, kita boleh mengurangkan kadar kejadian kanser dengan hanya mengubah apa yang kita makan.
Sayur-sayuran krusifer seperti kobis bunga khusunya brokoli mempunyai keupayaan untuk menentang kanser. Sebatian yang ada di dalam sayuran tersebut ialah sulforaphane. Sulforaphane meningkatkan pengeluaran enzim-enzim fasa II ! Kukuskan sayur-sayuran ini ataupun makan mentah-mentah bila-bila masa sahaja yang boleh  untuk memelihara secara terbaik nutrient-nutrien yang melawan kanser.
Ambillah multi vitamin yang membekalkan anda 12 vitamin perlu dan 7 mineral setiap hari. Ia meningkatkan kesihatan seluruh badan, menggalakkan kefungsian imun yang kuat, mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan seterusnya asas ini juga mengisi jurang-jurang kekurangan nutrisi yang terdapat dalam pengambilan makanan anda setiap hari.
Sesunguhnya kesihatan yang kita perolehi pada masa kita adalah harta yang amat bernilai. :) 


Thursday, October 22, 2015

SIAPA SAYA?

SITI NORASMAH BINTI MISMAN
235467

Siapa saya?
Dilahirkan pada tanggal 30 jun 1994, aku dibesarkan bersama 3 orang adik beradik yang lain. Mempunyai seorang abang dan dua adik lelaki yang lain, aku secara rasminya menjadi anak perempuan tunggal dalam keluarga. Beerti Puteri Pemaaf, Siti Norasmah nama diberi. Dilahirkan secara normal dan mempunyai berat 3.14kg, Hospital Muar menjadi saksi kejadian kelahiran aku. Mempunyai sifat yang ceria dan suka bercerita, aku digelar penyeri keluarga.
Walaupun aku seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga tetapi itu tidaklah menjadi satu alasan untuk aku digelar anak manja atau anak emas. Mak dan ayah aku sentiasa memberi layanan yang sama ke atas adik-beradik aku yang lain. Tiada istilah anak emas atau anak manja antara adik-beradik aku.
Mempunyai seorang abang yang sangat tegas dengan adik-adiknya, aku juga ialah seorang kakak yang garang terhadap adik-adik aku saat abang aku tiada di rumah. Perbezaan umur yang tidak berapa jauh antara kami, mungkin ianya salah satu sebab hubungan antara kami tidak berapa rapat. Walaubagaimanapun, akulah yang paling rapat dengan adik-adik aku.
Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana membuatkan aku dan adik-beradik yang lain sentiasa berdikari. Bekerja waktu cuti sekolah adalah perkara biasa yang kami lakukan. Wang yang kami dapat akan kami gunakan untuk membeli barang keperluan sekolah.
Aku kini sudah melanjutkan pelajaran di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Menceburi Bidang Komunikasi adalah diluar jangkaan aku sendiri. Sejujurnya, bukanlah mudah untuk menerima kritikan dan pandangan negatif dari masyarakat yang bermentaliti “belajar di IPTA, tidak cerdik.” Benarlah kata cerdik pandai, pengalaman itu mendewasakan. Menceburi Bidang Komunikasi ini, aku berpengalaman mengetahui bagaimana pihak-pihak media menghasilkan dan menyiarkan sebuah berita.
Mungkin kisah aku tidak begitu manis untuk dijadikan gula-gula. Ini realiti kehidupan aku. Pahit manisnya aku harus tempuh. Setiap yang buruk, beri aku peluang untuk aku perbaiki. Setiap yang baik, ingatkan aku untuk tidak meninggi diri.


Thursday, February 12, 2015

KEJAMNYA DUNIA

Terlalu membiarkan laman ini sunyi. sepi tanpa khabar. diam tanpa cerita. pastinya semua telah berubah. doaku agar semua baik-baik sahaja :)
Malam ini, terasa ingin cerita semuanya. dari A-Z. dari yang suka hingga ke duka. dari yang sayang kepada benci. dari yang rindu kepada iri hati. Lumrah kehidupan :) Siapa yang mahu kedukaan? Siapa yang mahu dilukakan? pastinya semua mendambakan kebahagiaan. tapi langit tak selalu cerah :)
untuk dapat pelangi, kita harus mengharung ribut petir dulu. ahh ! terlalu banyak kiasan.
# Allah selalu ada untuk kita. buktinya, Allah uji kita dengan banyak cara. kita hidup senang, Allah uji agar kita tak bongkak. kita hidup susah, Allah uji agar kita sabar. kesimpulannya, susah atau senang, kita harus bersyukur :) Allah tak pernah kejam kepada hamba-hambanya.
# Hidup ini umpama roda. roda yang berputar. ada masa kita rasa roda itu terhenti dan saat itu kita berada dibawah. dicaci, dimaki, dihina, diherdik menjadi makanan harian. sampai masa kita rasa mahu berputus asa. tapi berbaloi kah?
# Ada ketika, mak ayah kita ingin menjadikan kita sesuatu yang kita tak suka. sampai saat kita ego. kita hanya mahu jadi apa yang kita mahu. kita ego. kenapa? hati inginkan mak ayah tersenyum bahagia melihat kejayaan kita tapi kita tak mendengar kata mereka. patut kah? dunia memang tak adil. keadilan ada di sana. padang masyar ! tidak salah kita turunkan ego untuk mak ayah. tak salah kita buat benda yang kita tak suka demi mak ayah. tak salah.
# Ada saat, ingin kita teriak "dia aku punya". layakkah? kita cemburu membabi buta. sedangkan kita bukan sesiapa di mata dia. nothing.
.
.
.
.
.
.
# UNTUK BERCAKAP SOAL AGAMA, ILMU AKU TAK TINGGI MANA. AKU CUMA INGIN BERCERITA TENTANG BAIKNYA ALLAH YANG ESA. BERSYUKUR ITU PERLU. ADA PON MANUSIA YANG SOLAT SEPANJANG WAKTU, 5 KALI SEHARI TAPI MASIH JUGA TIDAK JUMPA SIAPA TUHANNYA. INIKAN PULA, KITA YANG TINGGAL SETIAP WAKTUNYA. AKU SEORANG PENDOSA. KADANG HANYA PANDAI BERBICARA TAPI BUAT TIDAK JUGA. DOAKAN AKU TERUS BERADA DIJALAN YANG SATU. JALAN YANG BENAR. HATI INI TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI YANG SATU. DARI DIA AKU DATANG, KEPADA DIA AKU KEMBALI.