Pages

Tuesday, November 6, 2012

Maafkan Sayaaa ! :'(

Dengan lafaz 'bismillah' aku ingin menceritakan kisah hati aku. Dengan lafaz 'bismillah' aku berharap mereka memaafkan aku. Dan dengan lafaz 'bismillah' , sungguh aku menyayangi mereka :')
Maafkan aku, Sayangg. Lidah yang sentiasa salah bicara, hati yang sentiasa salah menduga , fikiran yang sentiasa salah menyangka membuatkan sekeping hatimu sentiasa terluka. Sungguh, aku tiada niat laen selaen daripada menginginkan kau melakukan yang terbaek dalam hidup. Tapi, mungkin aku silap. Sepatutnya, sahabat yang sejati akan menerima pasangannya sama ada baek atau buruk si dia. Sekali lagi, maaf. Hanya itu aku mampu ucapkan. Maafkan aku yang tak bisa menjadi seorang teman yang sempurna. Lumrah manusia, hanya menginginkan yang cantek belaka tanpa menghiraukan hati pasangannyaa. Ya, aku salah. Sekali lagi. Aku sentiasa mengulang salah yang sama. Melukakan. Melukakan. Terus melukakan. Khilafku ! Andai kau tahu isi hatiku, aku pasti kau akan terima kata-kata hikmat yang kau anggap sebagai dusta itu. Andai kau tahu, betapa dalamnya kasihku, aku pasti, kau akan terima amarahku dengan sebaeknya. Aku hanya inginkan yang terbaik. Jika bagimu aku ni pendusta, ya ! aku memang pendusta. Jika bagimu aku ni pencinta, ya ! aku memang pencinta. Aku hanya ingin melihat senyuman di wajah molekmu. Cukup, buat aku mengerti apa itu 'bahagia'. Walaupun sering kali, amarah yang aku lemparkan, jauh di sudut hati, aku menangis. Aku menangis kerana aku tidak mampu memberi kelembutan pada engkau. Kelembutan yang layak kau terima. Sungguh, aku sangat mengasihimu. Aku ingin kau menjadi yang terbaek dalam kalangan yang terbaek. Itu harapanku. Kejayaan yang kau terima satu hari nanti, akan membuatkan kau mengerti segala isi hatiku. Andai kau tidak pernah menyalahkanku, dan andai aku tidak pernah menyalahkan diri aku sendiri. Sekeping hati yang kau miliki, telah aku lukai. Tetapi, sekeping hati yang aku miliki, telah kau terbangkan bersama angin yang membawa 1001 kegembiraan dan kebahgiaan hati.
*Saya sayangg sangat dekat awak. Saya takut, saya tak kuat bila awak dah takde dekat sisi saya. Takut sangatt. Awakk, maafkan saya. Saya takde niat lain. Saya cuma nak awak berubah kepada yang lebih baik. Saya nak awak bahagiakan ibu dan abah awak. Itu saje sayangg. Takpe, mungkin cara saya salah. Maafkan saya buat awak banyak sangat terluka. Mungkin awak rase saya dah tak sayang awak lagi tapi sebenarnye, saya selalu rindukan awak. Saya cuma nak awak tahu, saya memang terima awak seadanya. Baik buruk awak, saya terima. InsyaAllah~ Tapi saya masih berharap, awak boleh berubah ke arah yang lebih baik. Semua ini, untuk awak sendiri sayangg. Bukan untuk saya. Saya takut, satu hari bila saya dah takde dekat sisi awak, takde siape yang nak dorong awak. Saya nak awak jadi lebih kuat.
*Awak, saya akan selalu rindukan awak. Gelak ketawa awak, semua sentiasa ada dalam kotak hati saya. InsyaAllah selagi Allah maseh izinkan. Biarlah kita bahagia dengan cara kita. Andai makian yang saya dapat, mampu buat awak girang, maki lah saya. Andai tumbukan yang saya dapat mampu buat aku ceria, tumbuklah saya. Tetapi, andai senyuman yang saya lemparkan, membuatkan awak berduka, saya sanggup menangis sepanjang hari. Semua kerana saya sayang awakk.
*Awakk, terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh sebab sudi jadi pendengar setia saya. Maafkan salah-salah saya. I know who I'm. Maaf atas segala keburukan saya yang awak terima. Siapa kita dulu, itu tak penting. Siapa kita sekarang akan menentukan kebahgiaan kita masa akan datang. InsyaAllah~ Senyuman awak, kebahgiaan saya. Gelak tawe awak, penawar duka saya. Kemanjaan awak, penghapus aer mate saya. Terus berada di sisi saya dan terus menjadi teman saya. Itu saya harapkan. Terus berada di belakang saya dan terus menjadi penyokong saya. Itu saya inginkan. Andai Allah izinkan, saya ingin kita terus berpimpin tangan :)
*Di luar saya tersenyum tapi di dalam, separuh jiwaku telah pergi. Sayang sekalian, saya akan selalu rindukan awak semua. Kasih saya untuk awak semua akan sentiasa saya jaga. InsyaAllah. Hanya mampu tadah tangan dan berdoa :) Allah menentukan segalanya. Kenang daku, dalam doamu. Maaf untuk segala kekurangan. Terima kaseh untuk segala kelebihan. Salam Sayangg <3

Saturday, November 3, 2012

Good Luck Sayanggg ! ^_^

Tak jawab dosa kalau jawab anda sayang saya :) ha ha ha. Terima Kaseh kerana menyayangi saya dan saya akan membalas sayang itu ! Wahhh~ jiwangg >.< Ha ha ha. Sekali sekala. okeyh ! Kesah ape pulak ye entry kali ni? Actually, pasal exam. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Macam mana ek? Takpe, kite start dengan trial yang baru je lepas ni. Haihh ! =.= Korang nak tahuu? aku dengan member2 aku, belum panas punggung lagi duduk study, tup tup kena final exam isnin nieh ! Whhooaa -,- Macam mane nieh? Takpe takpe, watlex watpeace ! Ha ha ha. Even tak berapa nak ready, aku dand the geng kena ready jugak lah kenns? Ngeee :D And now, aku nak wish dekat sayang-sayang aku. Firstly, for my sweetheart :: AISYAH IZZATI, good luck eh sayangg. Hope Ecah dapat buat yang terbaekk untuk bagi senyuman dekat ibu and abah. Kite nak minta maaf if ada buat salah yang di sengajakan or takk. Maaf ye ! Kekadang, lidah salah bicara, hati salah menduga dan fikiran salah mengira terus membuatkan hati terluka. Maaf Sayangg ! If you know, I love you damn much ! Mmmuah sebijik ! :* He he he. And, one more thing. Kite harap Ecah kurangkan sikit perangai yang suke memberontak and merungut tuh sayangg. Sungguh, kite tak suke. Maaf, kalau kite terlebih. Tapi, kite perlu cakap ini. Kite cuma nak Ecah lebih bersyukur dengan apa yang kite ada and dapat. Even tak seberapa, semua tuh ada hikmah disebaliknya sayangg. And kite perlu usaha lebih untuk dapatkan lebih, bukan merungut or memberontak macam Ecah buat. Seriously, kite nak sangatt Ecah buat yang terbaek dalam hidup Ecah :) Kite nak Ecah jadi kuat sebab kite tak mampu berada disamping Ecah sampai bila-bila. Satu saat, kite perlu terima kenyataan yang kite akan berpisah satu hari nanti sama ada kita mahukannya ataupun tidak :') Secondly, for my baby :: AINA NAQILAH, good luck sayangg. Hope Aina dapat buat yang terbaekk. Kite dah janji kan nak jadi 'Cikgu' ? And I hope, kite dapat capai same-same :') Even, Aina selalu sangat buli Asmah tapi Asmah tak kesahh. Sebab Asmah tahu, Asmah akan rindu saat-saat itu :) Asmah nak Aina tahu, bila Asmah cakap "aku taknak kawan kau !", itu hanyalah sekadar kata-kata yang Asmah tak pernah maksudkannya. Sebaliknya, dalam hati Asmah cakap "Aku nak jadi kawan kau sampai bila-bila". When I say "I love youu, I really mean it ! ". Aina jangan cepat putus asa eh? Asmah tahu, Aina kuat orangnye :) Maaf, kalau selama kita bersahabat, ada kata-kata yang menyinggung perasaan, yang mengguris hati dan melukan jiwa. Maaf sayangg. Mmmuah setepek ! :* He he he. Lastly, for my honeydew :: NURUL NAJWA, good luck eh sayangg :) buat yang terbaek tauu. Nak exam ni, kurang-kurangkan lah sikit manja dengan mak tuh. He he he. Nak minta maaf, if selama ni hati banyak terluka kerana sikap yang tak diduga, percakapan yang ter'over'. Asmah harap, Najwa sayangkan Asmah macam mana Asmah sayangkan Najwa eh? Cewaahhh~ Ha ha ha. Terima kaseh sebab sentiasa ada disamping Asmah dikala Asmah gembira dan berduka. Walaupun kadang-kadang, nasihat Najwa takboleh pakai untuk Asmah, tapi terima kaseh sebab sudi jadi pendengar setia Asmah. Ha ha ha. Mmuah sebuku ! :* He he he. Busuk ! :p Saya sayang awak semua :) And untuk readers sekalian, good luck jugak eh? Bukan untuk exam jee tapi untuk kehidupan anda sekalian :)
Anda bahagia? Saya akan lebih bahagia. Anda berduka? Saya akan turut mengalirkan aer mata. Saya harap, kita akan jadi lebih tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Salam Sayangg :: SITI NORASMAH MISMAN ^_^

Wednesday, October 31, 2012

Dulu, kini dan selamanya :D

Titisan aer hujan yang menitis amat menenangkann. Alhamdulillah :) Apa kaitan entry aku dengan hujan pulak ni? Takkk, itu mukadimah jee. Apa pulak cerita kali ini? Tentang seorang sahabat aku lagi ! Di tadika, aku bersamanyaa. Sekolah rendah, aku bersamanyaa. Sekolah Menengah? Of course ! Sekali lagi bersama si dia. Even kiteorang tak sekelas, eh? kiteorang sekelas lahh. Tapi setahun jee. Tuh pun mase form 1. Ha ha. Tapi kiteorang still together. And now, walaupun die jauh dari pandangan mata, namun die dekatttt di hati. Die dah sambung belajar dekat KMJ now. Takpeee, bila die cuti balek kampungg, hari-hari kiteorang jumpe tau ! Ha ha. Bila jumpe, mulut jee cakap bosan tapi hati? Berbunga-bunga :D Ada sajee cerita yang kiteorang nak bualkan. Sampaikan beruk dengan tenuk punn boleh dibualkan. Ha ha. Bak kata Aina ^_^ Seriously, aku sayanggg die sangat-sangat. Kiteorang penah gaduh takk? Ohmaii~ fakta nieh. Langsung tak penahh ! Yeahhh ! Tak tipu langsungg. Sebab kiteorang jarang jumpe, takkan kiteorang nak keruhkan kerinduan tuh dengan pergaduhan kan? kan? kan? Ha ha. One more, kiteorang ni sekampung sebenarnyee. Lagi seronokk ! Rumah die tuh, selang due rumah je dari rumah aku. He he he. Mungkin sebab tuh jugak kiteorang tak penah gaduhh. Eh ! ada lagi. Kiteorang sentiasa ada give and take :) Tuh yang aku bersyukur sangattt. Tapi sebenarnyee, semuanya bermula dari Allah. Allah yang memanjangkan jodoh persahabatan aku dan dia. Terima kaseh Ya Allah :)
Nor Liyana binti Md. Saleh :: Seriously, I very love youu dan always miss you damn much ! Thank you for being my friend :)

Thursday, October 25, 2012

Aku sayang mereka !

Hai kawan kawan yang sentiasa rajin menjengah blog ni :) semoga dalam keadaan yang gembira lagi menenangkan. InsyaAllah ~ ^^ Untuk entry yang anda anda baca itu, lepas baca tolong senyummm :) Saya ingin anda gembira semasa membaca ^^ InsyaAllah~ Setiap orang sentiasa mengharapkan seseorang berada di sisinya dikala gembira dan berduka. Kawan kawan semua pun sama kann? Kita mempunyai perasaan yang sama :) Lagi lagi seorang perempuan. Mempunyai hati yang sangat lembut dan sentiasa ingin disayangi. Itulah saya~ Wahhh ! macam jiwang pulakk kan ber'saya' dan ber'awak'. hehehe. Tak salah kan? Sekali sekala nak bersopan santun. Cewahhh~ hehehe. Okeyh ! "Aku sayang Mereka <3" Ikhlas dari sudut hati yang palinggg dalam ! Kebahagian aku, mereka yang mencorak dan dukaku, mereka yang menconteng. Itulah mereka~ Setiap manusia yang lahir di dunia ini, pasti akan melakukan silap dan salah. Bagi aku, salah dan silap mereka membuatkan aku lebih rapat dan ukhwah kami lebih terjalin. Aku juga pernah melukakan dan menyakitkan mereka. Apabila kesilapan sudah dilakukan, pasti ada sesi bermaaf-maafan. :) Akhirnya, duka itu bagai ditiup angin petangg. Kebahagian pula yang mendatang dikala malam. Mereka ada dikala ku suka dan dikala ku duka :) dan aku berharap, aku boleh menjadi seorang yang sentiasa menemani mereka dikala mereka menangis dan mereka tertawa. Mungkin hanya impian yang tak mampu aku gapai, tapi aku akan cuba sehabes baek untuk aku menjadi teman yang baekk. :) Andai satu saat, Allah takdirkan kami berpisah, biarlah rindu itu sentiasa ada. Andai satu saat Allah takdirkan kami saling membenci (NAUZUBILLAH), biarkan kenangan itu sentiasa berputar. Aku tidak mengharapkan kami sentiasa bersama, namun aku memohon sayang itu sentiasa ada. Aku tidak mengharapkan kami sentiasa gembira, namun kedukaan itu biarlah berpada. Aku sayangg mereka <3
Ya Allah, rahmati hubungan kami. Temukan kami di syurga Mu. Aminnn~

Monday, October 22, 2012

Hapuskan Aer Mata Mu ^^

Assalamualaikum readers :) semoga dalam keadaan yang sentiasa bahagia. Andai ada masalah yang menduga, Allah adalah tempat yang terbaik untuk kita mengadu. InsyaAllah~ :) Saat ini, biar jiwa bergelora didatangi perasaan rindu yang membara, hatiku tetap gembira :D Alhamdulillah. Engkau sebaik-baik pencipta perasaan ya Allah. Kenapa senyum-senyum nieh? oh ! suke eh, tgk gambar kat atas tuh? hehehehe :D comel kan? kan? kan? hahaha. korang tak cakap punn, aku dah tahu lahh >.< Lagi-lagi aku kan? haha. ha? ape? cantek plus comel? haha. jangan cakap macam tuh ! maluuuu >.< hahaha. perasan lah pulak kan? haha. kesah pulak? kan memuji ciptaan Allah tuh. jangan marah he? gurau jeee :D Dari kiri korangg, aku kenal kan : AINA NAQILAH, AISYAH IZZATI, NURUL NAJWA, DAN SITI NORASMAH To all my bestie :: mokk sekalian, aku harap hubungan nieh akan chill sampai bila-bila oke? bergaduh itu perlu, tapi jangan meruntuhkan dan merosakkan. Menitiskan aer mata itu perlu, agar kita tahu, tak selalu kita berada dalam kebahgiaan dan kegembiraan. perpisahan itu perlu, agar kita tahu berharganya sebuah kerinduan. Bila dugaan bertandang, jangan pula benci mendatang. Bila kerinduan menyinggah, jangan pula keraguan mengusik jiwa. Bila kasih tergugat, jemputlah sayang itu hadir. Semoga, hubungan ini sentiasa dalam lindungan Allah ^^ Aku sayang kamu. Ikhlas menusuk kalbu. Rindu mulai mendatang, saat hati berjauhan. Korang semua lah pemberi cuka dan penambah gula dalam hidup aku. Terima Kaseh sangat-sangat :)

Saturday, October 20, 2012

Aku rindu dia :)

Selamat malam readers :) Aku Rindu Dia <3 ! Siape? Buah hati aku lahh :D haha. Sumpah rindu gilerr. berhari-hari, berminggu-minggi tak jumpe. Giler tak rindu?! Tanye budak darjah satu punn, tahu rindu tau ! hahar! Tadi siang, dapat jumpe die. Ngeee :D bape hari bulan nieh? 20 Oktober 2012 ! Even dapat jumpe sekejap, tapi cukup buat kurangkan rindu aku meyh :) Dapat tengok muke die, senyuman die, dengar die ketawa. Wahhh ! Indahnye dunie, tenangnyee hati :D Terima Kaseh Ya Allah. Sanggup die tunggu aku berjam jam semata-mata nak jumpe aku 5 minit. wahh ! Terharu sangattt. Terima Kaseh Sayangggg. Love youuu so damn much ! :* Aku dapat special things dari die tau ! Nampak takk sayang die dekat aku? >.< Jangan jeles lahh. hehehehe :) 1st thing, selendang warne pink + purple. Cantek okeyh! :D 2nd thing, die kissing aku ! auuuwww~ Terlerai rindu aku, hilang segala sengketa dan berkecai lah duka :D Sayang die sangat sangat !
Cintaku, dari mata turun ke hati ^^ Even, kebahagian kita sering diselang selikan pertengkaran, namun senyuman dan kegirangan yang memecah kesunyian menerbangkan segala kedukaan :) *Kalau awak nak tahuu, saya tak minta awak jadikan saya insan yang paling istimewa dan terpenting dalam hidup awak. Sebab saya tahuu, permintaan tuh sangatlah berat. Saya cuma berharap, satu masa nanti jika awak sudah memiliki kawan dan sahabat yang lebih baek dari saya, awak akan toleh kepada saya, dan berkata kepada sahabat baru awak "Dialah orang yang selalu menyayangi saya." Ucapan itu sangat bermakne bagi saya :)

Saturday, October 6, 2012

Aku inginkan hati kita bersatu ^^

Assalammualaikum readers sekalian :) entry kali ni macam pilu je kann? memang pun. korang nampak gambar tuh? kalau tak nampak, meh aku cepuk. hahar ! kidding keyh :) oke, itu lah member aku AISYAH IZZATI. member yang aku sayang sangat :) tapi sekarang relay aku dengan die dah laen. macam dalam gambar tuh jugak. kiteorang nampak je dekat tapi hati kiteorang jauh sangattt. seriously, aku rindu dengan die sangat sangat even hari hari kiteorang together. aku rindu nak macam duluu. sekarang nieh, aku tengah cari time untuk aku luahkan perasaan aku ni. aku taknak bagi die tekanan sekarang ni. bukan die jee, tapi untuk aku sendiri. aku taknak tertekan sebab kiteorang dah sibuk nak mid year sekarang. maybe lepas exam, aku try untuk cakap semua nieh. and, aku harap sangat sangat, aku dapat together dengan die macam dulu balik. aminnn. =.=

Monday, September 24, 2012

Oh My Ringggg ! :'(

Assalammualaikum dan selamat malam to followers yang setia :) ecececeh~ ayat. hahak ! eh? ape ketawe ketawe? entry aku sedih nieh ! :'( okeyh, nak story pasal my ringgg :'( petang tadi balik sekolah atas motor, cincin aku jatuhh. pehh ! sentap seyhh. Dengan secara spontannyee, aku pun patah balik. Kat jalan besar tuh ! pehh, aku dah pening jer lau tak jumpe macam mane? Aku pusing banyak kali kat tempat yang jatuh tuh, tapi takde ! :'( Sampai berpeluh peluh dah aku nieh. Even naek motor, tapi mase tuh panas terik tau ! grrr~ Dugaan ! Orang orang kat situ dah pelik jerr tengok aku mundar mandir naek motor macam orang sasau. Sumpah ! memang nak nanges and rase nak menjerit pun ade ! Lastly, Alhamdulillah ! jumpe ! :D aku berhenti, turun dari motor, tengok kanan kiri, terus ambik cincin aku kat tengah jalan tuh. Kalau lah tetibe ade kereta, aku tak tahu lah ape naseb aku. Pasrah ~ Yang penting, aku dapat balik cincin aku ! :D Bile dah sampai rumah, aku belek belek cincin nieh, mak ai~ calar ! :'( pehhh! sentap sentap. Aku sayang giler kat cincin nieh ! bukan boyfie lah yang bagi. Ape lah korang nieh. Memandai jerr ~ :P Cincin nieh, kawan baek aku yang bagi :) Aku sayang kawan aku sangat sangat. That's why, aku sayang cincin nieh macam aku sayang kawan aku tuh :) To MY SWEETHEART AISYAH IZZATI :: I promise to keep this ringg until my last breath :) *haha. betul tak nieh aku speaking? al-maklumlah~ bukan hebat sangat macam korang korang yang lancar berkomunikasi dalam bahasa inggeris :) hee. Sekian~ ^^

Friday, September 21, 2012

Hai, baju hitam :D

selamat malam kawan kawan :) hope sehat selalu. wahh, entry kali nieh macam aku tengah happy je kan? hehehe >.< acctually, tak berapa nak happy. cume kadang kadang bila terkenang kesah lame, mampu buat kite tersenyum sorang sorang kan? :) eh? kenape pulak kesah lame ek? ape story nieh? hahaha. rilex lah sayang :) oke, macam nieh :: Si baju hitam nieh, sebenarnyee ex boyprengg akuu. so, nak dijadikan cerita , entry tuu, ayat aku mase aku usha die. hahaha. aku usha die derr ^^ gilerr cool. Alaa, mase tuh aku takde niat punn nak usha die. Tetibe aku nampak die nieh tengah cuci tangan, dengan tak semena mena nya, aku tercakap dengan kawan kawan akuu, "sape mamat tuh? hensem seyh ! " >.< haha Bile die lalu depan akuu, ape lagi? gunekan peluang yang ade. aku punn, usha lahh.:: "hai, baju hitam" sambil tersenyum lebar. :) haha. tersipu sipu dibuatnye. laki tuh, bukan aku. hahaha. niat saje je nak gurau gurau. lastly, aku tengah amek makanan punn die pandang pandang. bile aku takde kat situ, die tercari cari (kawan aku yang perasan semua bende nieh) haha. suke lettuw aku usha. haha. hebat betul aku nieh >.< Then, bile nak balik, aku punn mintak no.phone die. hahaha. tetap meneruskan niat ! kehkehkeh. hahaha. but, our relay tak lame punn. tak de jodoh :'( lelaki yang baek hanya untuk perempuan yang baek. hehehe. dan aku, bukan perempuan yang terbaek untuk die. :) Seriously, rindu die sangat sangat. Muhd Azhar bin Yusaini :D *betul takk ek? haha. Wassalam ^^

Tuesday, September 4, 2012

Bantu lahh aku, Allah -,-

Assalamualaikum ^^
hai kawan kawan yang rajin menjengah my site :) harini, aku nak cerita pasal kehidupan aku yang makin rumit dahh :'(
aku keliru sangat ! nak teruskan form6 or stop ! aku sayang nak tinggal form6. aku nak jadi cikgu ! itu impian aku sejak dulu lagi ! dan aku taknak terlepas menikmati kebahgiaan itu bila aku dapat capai ape yang aku nak !
tapi, aku dah taknak bebankan mak aku. asek minta duetttt je kan? aku kesian kat die. makk, minta maaf oke? :'(
kadang kadang, aku terpikir, baek aku kawen jerr. bia suami aku yang tanggung aku. takde lah aku susahkan mak aku lagi. tapi, cikgu aku pernah cakap, tak same situasi tu nanti bila kita dah kawen dengan kita belum kawen. hurm ! kusut sangat! :'(
Allah, bantulah aku. kawan kawan ade idea takk? ape nak buat nieh?
aku dah takde tempat nak mengadu.

Thursday, August 30, 2012

Syukur pada Allah ^^


kawan-kawan :) maseh tak terlambat tok wish "Selamat hari raya" kan? oke, Selamat hari raya maaf zahir dan batin :) now, selamat menyambut bulan kemerdekaan :)
hehehe. banyak hari yang menggembirakan kita sambut dalam bulan yang terdekat ni kan? Alhamdulillah ^^ Syukur pada Allah :) Terima kaseh Ya Allah :)
tu first story ! next story, aku nak cerita pasal relay aku dengan orang-orang yang aku sayang :) Syukur sangat, hati aku dah kembali normal :) maksudnya? aku dah tak tawar hati dengan sape-sape lagi. sebabnya, aku sendiri cari jalan lain untuk aku buat sesuatu benda yang baru dalam relay aku dengan die. dan aku pun dan minta maaf kat die, if selama ni, aku terlepas pandang untuk jaga relay ni. yelahh, perempuan kan. mestilah kadang-kadang, "terlebih" jaga relay dengan bf daripada dengan kawan sendiri :( silap aku sendiri and i admit that :( pape punn, aku dah ubah dan relay aku dengan die semakin baik :) aku bahagia sangat :) Terima kaseh Ya Allah :)a aku harap, kegembiraan kami akan berkekalan walaupun kami terpisah jauh satu masa nanti. InsyaAllah :)

Wednesday, August 15, 2012

Raye Nak Datang Dah nieee ^^

Assalammualaikum kawan-kawan :)
oke, dah bace tajuk atas tu kan? ngeee :D
raye nak datang dah kawan-kawan :)
so? ape p'siapan raye korang? oke tak?
kalau korang tanya aku, nie jawapan aku :
"raye taon nieh, paling simple :) baju raye sepasang jerr ^^"
hahahar! simple kann? :)
malas nak raya sakan sangat raya :)
taun nieh, nak STPM ! exam yang paling besar :) hehehe ^^
dengar background aku ! dah tukar lagu raya dahh ^^
aku tetap excited nak raya oke ^^ hahar!
korang jaga diri oke raya nieh :)
nak maen mercun boleh, tapi hati-hati :)
kalau tahu rumah aku kat mana, di alu-alukan datang :)
mengeratkan silaturrahim ^^
lastly, nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki if ada silap & salah kat korang. :) 0-0 oke? ^^
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin xD

Monday, August 13, 2012

Andai Saya Insan Sempurna !

Kawan-kawan :) Harap awak-awak semua sihat oke? ^^
Malam nie, nak story about "Andai Saya Insan Sempurna !"
Kenapa ada tande seru belakang tuh? nampak macam marah je kan? :)
tak lahhh. bukan marah tapi kadang-kadang, kite semua mesti ada terfikir kan?
"Kenapa Aku tak boleh jadi insan sempurna? Andai lahh Aku nie, sempurna !"
Korang semua mesti ade terfikir jugak kann? ^^
Tapi nak buat macam mana? Nobody's perfect :)

Saya berharap sangat, untuk menjadi insan sempurna di sisi orang-orang yang saya sayang. Kenapa? mestilah ! Andai diaorang bahagia :)
Tapi, ade jugak yang cakap "Tak gune sempurna di mata manusia, tapi tak sempurna di mata Allah."
That's why lahh, title kat atas sane tuuu "Andai Saya Insan Sempurna !" :)

Kadang-kadang, bila kite tak dapat buat yang terbaik untuk orang yang kite sayang, mesti kite rase sedih sangat kann? :(
Sabar. Mungkin tu semua dugaan Allah :)
Yes ! saya tahu, dalam hati mesti akan ade yang cakap "cakap memang senang, cube kena batang hidung sendiri?"
Tak dinafikan, kadang-kadang kite lebih senang bercakap untuk nasihat orang tapi untuk melakukannya, sangat lahh payah :)
Sesungguhnya, tiada yang mudah melainkan Allah mengkehendakinya mudah :)

Andai Saya Insan Sempurna:
1. saya ingin membuat orang yang saya sayang, bahagia setiap detik mereka bersama saya :)
2. saya ingin kongsi kesempurnaan saya dengan orang yang serba kekurangan :)
3. saya nak jadi seorang yang di sanjung tinggi oleh semua orang :)
4. saya nak jadi pelajar yang cemerlang supaya cikgu-cikgu saya gembira :)

*dan sesungguhnya, sangat lahh banyak impian dalam hidup andai kita seorang yang sempurna. kan?

Sunday, August 12, 2012

HatiKu Berbunga-bunga :DD

Assalamualaikum :)
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang <3
hehehehe ^^
awak semua tahu tak, kenapa hati kita berbunga-bunga nieh? tak tahu kan?
that's why lahh, nak story. :)
tak perasan ker? blog kita dah comel loteh nieh. hehehe.
suke sangat ! gile tak suke? hahahar !
tengs Nadia, sebab ajar semua nieh :D
I Love You :*
hehehe. Lepas nieh, comfirm kita rajin update. tengok lahh ! *muke belagak. hahar!

<3 ICE BERRY