Pages

Tuesday, August 6, 2013

KESELAMATAN PERAYAAN KESEMUAAN :D


Intro yang annoying mungkin? HEHER.
Paham? TAK??! :o
SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAAAAA :D

Langit tidak selalu cerah.
Begitu juga dengan hubungan kita.
Air tidak selalu jernih.
Begitu juga dengan hati kita.

MAAF UNTUK:
1. Telinga yang tersalah mendengar.
2. Hati yang tersalah menduga.
3. Mata yang tersalah pandang.
4. Mulut yang tersalah bicara.
5. Tangan yang tersalah ambil dan meminta.
6. Kaki yang tersalah langkah.
7. Dan semua yang tersalah dan tersilap.

Benar.
Manusia tidak pernah lari dari kekhilafan.
Tapi tidak salah andai kita cuba mencari kesempurnaan.

RAMADHAN BAKAL HILANG.
AIDILFITRI BAKAL MENJELANG.
KITA MASIH ADAKAH PADA MASA AKAN DATANG?
SEMUA ITU PERSOALAN.
AJAL DAN MAUT DATANG TANPA DIUNDANG.

Sudah puaskah kita mencari redhai Ilahi?
Ya Rabb :')

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU,
Ampunkan segala kekhilafan.
Maafkan segala salah dan silapku.
Halalkan segala makan dan minumku.
Doakan aku untuk bahagia di sanaa :')

Akhir kata:
Aku sayang semua.
Ya. Kamu.
Kerana kita bersaudara.
Saudara Islam.
Islam itu indah.
Mengapa harus ada sengketa?

Ikhlas dari:
SITI NORASMAH BINTI MISMAN :D

Monday, August 5, 2013

KAWAN ATAU LAWAN?


Saat angin bayu menghembuskan nafasnya,
aku terpesona.
Indahnya kurniaan Yang Esa.

Saat ini juga aku terfikir
tentang sesuatu hubungan.
Kawan atau lawan?

Sedang aku sibuk berjuang dengan tugasan,
aku terlepas pandang cerita seorang watak.
Watak yang diabaikan.

Dia ada kawan.
Tapi dia bersendiri.
Aku keliru.
Menyendiri atau disendirikan?

Tanpa pesanan, dia diabaikan.
Segala mesej, dia diketepikan.
Dimana kekhilafannya?

Mungkin soalan ini yang patut hadir.
Kawan atau lawan?
Ya. Sekali lagi.

Bersisakan kekuatan yang ada
dia menagih simpati
si watak lain. Siapa? Aku.

Aku bersama watak pembantu
membicarakan sinopsis cerita ini.
Mengapa? Bila? Kenapa?
Semuanya hadir dalam minda.

Tanpa banyak bicara.
Tangan dihulur tanda sayang
bukan simpati.
Aku tak ingin memberi simpati.
Kerna aku ingin menjadi kawan.
Bukan lawan.

Sabar kawan.
Ini dugaan.
Jalan ini kau harus tempuh.
Walau bertemankan lawan.

Kawan.
Kau harus tabah.
Kau watak utama.
Aku watak pembantu,
sebagai KAWAN :')

Sunday, August 4, 2013

BILA HATI BERBICARA


Hati aku memberontak.
Apa salah aku?
Di mana silap itu?
Aku bagaikan boneka.
Boneka buruk.

Di buang saat aku sudah tidak cantek.
Anak kecil juga pasti tidak suka.
Nak yang baru katanya.

Tapi dia bukan anak kecil.
Pasti dia mengerti maksud sentimental value.
Semua orang mengerti.

Bahkan, orang tua juga tahu. Paham.
Tapi ini tidak.
Aku terkilan.
Terkilan dengan sikap yang tidak pernah peduli
sama hati orang lain.

Adakah hanya dia yang punya perasaan?
Dia sahajakah yang punya hati yang perlu dijaga?
Aku juga butuh perhatian.
Aku juga ingin dibelai dan dimanja.
Sama seperti dia.

Mungkin aku bukan yang terbaik.
Aku silap.
Aku sering mengharapkan orang yang tidak tahu menghargai.
Kerana aku terlalu sayang.

Aku sendiri tidak mengerti apa itu sayang.
Sayang membuatkan aku jadi gila.
Gila bayang.

Bila dia sudah memberi bukti dia bisa hidup tanpaku,
Aku juga sudah menunjukkan hasilnya aku bisa berdiri tanpa dia.
Dia yang sering ego.
Ego tidak kena tempat.
Ego mengalahkan si Adam.

Aku pasrah.
Aku redha.
Aku berserah.

Andai ini yang terbaik
aku bersyukur.
Segalanya pasti ada hikmah.

Saturday, August 3, 2013

PENDOSA TANPA NOKTAH


Aku tidak berkata tentang kau, dia atau mereka.
Aku berkata tentang KITA !
Tidak kira aku atau kau.
Kita sering mencalitkan warna hitam
di atas papan putih cerita kehidupan ini.

Apa?
Kau tidak perlu berbicara tentang mati dalam sujud,
Andai tiang agama itu kau tidak pernah bina.
Kau tidak perlu berbicara tentang rindu pada Baginda,
Andai selawat dan salam ke atasnya kau tidak pernah menyambut.
Kau tidak perlu berbicara tentang zikir yang menenangkan,
Andai kau tidak pernah mengalunkan.
Kau tidak perlu berbicara tentang novel yang sempurna ialah Al-Quran,
Andai kau sendiri tidak pernah menyelak apatah lagi membacanya.

Aku juga seperti kalian.
Seorang pendosa yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk melakukan silap.
Tetapi mengapa kita tidak pernah cuba untuk mengosongkan
jalan cerita kehidupan ini tanpa warna hitam?
Hitam itu yang merapatkan kita dengan neraka.
Hitam itu dosa.