Pages

Tuesday, August 6, 2013

KESELAMATAN PERAYAAN KESEMUAAN :D


Intro yang annoying mungkin? HEHER.
Paham? TAK??! :o
SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAAAAA :D

Langit tidak selalu cerah.
Begitu juga dengan hubungan kita.
Air tidak selalu jernih.
Begitu juga dengan hati kita.

MAAF UNTUK:
1. Telinga yang tersalah mendengar.
2. Hati yang tersalah menduga.
3. Mata yang tersalah pandang.
4. Mulut yang tersalah bicara.
5. Tangan yang tersalah ambil dan meminta.
6. Kaki yang tersalah langkah.
7. Dan semua yang tersalah dan tersilap.

Benar.
Manusia tidak pernah lari dari kekhilafan.
Tapi tidak salah andai kita cuba mencari kesempurnaan.

RAMADHAN BAKAL HILANG.
AIDILFITRI BAKAL MENJELANG.
KITA MASIH ADAKAH PADA MASA AKAN DATANG?
SEMUA ITU PERSOALAN.
AJAL DAN MAUT DATANG TANPA DIUNDANG.

Sudah puaskah kita mencari redhai Ilahi?
Ya Rabb :')

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU,
Ampunkan segala kekhilafan.
Maafkan segala salah dan silapku.
Halalkan segala makan dan minumku.
Doakan aku untuk bahagia di sanaa :')

Akhir kata:
Aku sayang semua.
Ya. Kamu.
Kerana kita bersaudara.
Saudara Islam.
Islam itu indah.
Mengapa harus ada sengketa?

Ikhlas dari:
SITI NORASMAH BINTI MISMAN :D

Monday, August 5, 2013

KAWAN ATAU LAWAN?


Saat angin bayu menghembuskan nafasnya,
aku terpesona.
Indahnya kurniaan Yang Esa.

Saat ini juga aku terfikir
tentang sesuatu hubungan.
Kawan atau lawan?

Sedang aku sibuk berjuang dengan tugasan,
aku terlepas pandang cerita seorang watak.
Watak yang diabaikan.

Dia ada kawan.
Tapi dia bersendiri.
Aku keliru.
Menyendiri atau disendirikan?

Tanpa pesanan, dia diabaikan.
Segala mesej, dia diketepikan.
Dimana kekhilafannya?

Mungkin soalan ini yang patut hadir.
Kawan atau lawan?
Ya. Sekali lagi.

Bersisakan kekuatan yang ada
dia menagih simpati
si watak lain. Siapa? Aku.

Aku bersama watak pembantu
membicarakan sinopsis cerita ini.
Mengapa? Bila? Kenapa?
Semuanya hadir dalam minda.

Tanpa banyak bicara.
Tangan dihulur tanda sayang
bukan simpati.
Aku tak ingin memberi simpati.
Kerna aku ingin menjadi kawan.
Bukan lawan.

Sabar kawan.
Ini dugaan.
Jalan ini kau harus tempuh.
Walau bertemankan lawan.

Kawan.
Kau harus tabah.
Kau watak utama.
Aku watak pembantu,
sebagai KAWAN :')

Sunday, August 4, 2013

BILA HATI BERBICARA


Hati aku memberontak.
Apa salah aku?
Di mana silap itu?
Aku bagaikan boneka.
Boneka buruk.

Di buang saat aku sudah tidak cantek.
Anak kecil juga pasti tidak suka.
Nak yang baru katanya.

Tapi dia bukan anak kecil.
Pasti dia mengerti maksud sentimental value.
Semua orang mengerti.

Bahkan, orang tua juga tahu. Paham.
Tapi ini tidak.
Aku terkilan.
Terkilan dengan sikap yang tidak pernah peduli
sama hati orang lain.

Adakah hanya dia yang punya perasaan?
Dia sahajakah yang punya hati yang perlu dijaga?
Aku juga butuh perhatian.
Aku juga ingin dibelai dan dimanja.
Sama seperti dia.

Mungkin aku bukan yang terbaik.
Aku silap.
Aku sering mengharapkan orang yang tidak tahu menghargai.
Kerana aku terlalu sayang.

Aku sendiri tidak mengerti apa itu sayang.
Sayang membuatkan aku jadi gila.
Gila bayang.

Bila dia sudah memberi bukti dia bisa hidup tanpaku,
Aku juga sudah menunjukkan hasilnya aku bisa berdiri tanpa dia.
Dia yang sering ego.
Ego tidak kena tempat.
Ego mengalahkan si Adam.

Aku pasrah.
Aku redha.
Aku berserah.

Andai ini yang terbaik
aku bersyukur.
Segalanya pasti ada hikmah.

Saturday, August 3, 2013

PENDOSA TANPA NOKTAH


Aku tidak berkata tentang kau, dia atau mereka.
Aku berkata tentang KITA !
Tidak kira aku atau kau.
Kita sering mencalitkan warna hitam
di atas papan putih cerita kehidupan ini.

Apa?
Kau tidak perlu berbicara tentang mati dalam sujud,
Andai tiang agama itu kau tidak pernah bina.
Kau tidak perlu berbicara tentang rindu pada Baginda,
Andai selawat dan salam ke atasnya kau tidak pernah menyambut.
Kau tidak perlu berbicara tentang zikir yang menenangkan,
Andai kau tidak pernah mengalunkan.
Kau tidak perlu berbicara tentang novel yang sempurna ialah Al-Quran,
Andai kau sendiri tidak pernah menyelak apatah lagi membacanya.

Aku juga seperti kalian.
Seorang pendosa yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk melakukan silap.
Tetapi mengapa kita tidak pernah cuba untuk mengosongkan
jalan cerita kehidupan ini tanpa warna hitam?
Hitam itu yang merapatkan kita dengan neraka.
Hitam itu dosa.

Saturday, April 20, 2013

Semua salah hati ke?

Aku masih perlukan korang :'(
Itu je ayat yang aku mampu ucapkan saat ni. Entah mengapa, terlalu banyak persoalan yang hadir membuatkan aku rasa aku perlu pergi jauh untuk mencari semua jawapan.

Bila aku mula menjauh, bukan jawapan yang aku dapat tapi masalah demi masalah yang mendatang.
Mungkin, perkara biasa dalam setiap hubungan ada pasang surutnya. Mana ada hubungan yang sentiasa bahagia kan?

Bila aku cuba runtuhkan tembok kekeliruan, makin utuh pula tembok salah sangka :'(
Bila aku cuba runtuhkan tembok salah sangka, makin utuh pula tembok cemburu buta :'(
Bila aku cuba runtuhkan tembok cemburu buta, mengapa makin utuh tembok kekhilafan antara kita?

Aku sayang korang sebab korang tulang belakang aku :') Aku akan terus sabar dan setia menanti saat kebahgiaan antara kita hadir. Walaupun aku tahu, PENANTIAN SATU PENYEKSAAN :')

::Dear Aisyah Izzati,
Kita tahu, kita banyak luka kan hati ecah. Kita minta maaf. Kita paham, lepas apa yang berlaku antara kita dengan nua, ecah mula jauh hati dengan kita. Takpe, kita redha. sebab kita tahu, kita tak mampu jadi yang terbaik untuk ecah. Kita nampak, ecah lebih sayangkan aina dari kita. sebab tuh, apa yang ecah buat, mana ecah pergi, ecah hanya cerita dekat dia/ ajak dia. Takda lagi dah cerita hari-hari indah ecah untuk kita. Jeles? yes! sumpah, jeles sangat. Tapi kita simpan sebab kita nampak ecah bahagia. Buat apa kita nak ragut kebahgiaan orang yang kita sayang kan? kita tahu, kita pun takde lah selalu ajak ecah bila kita pergi mana-mana kan? buat apa ecah nak ajak kita balik kan? hmmm :) takpe. Tapi kekadang terasa jugak macam diabaikan. Lagi terasa bila budak-budak kelas tanya kita " mana kawan-kawan?" rasa macam nak lari jauh-jauh dari soalan tuh. Tapi kena hadap jugak. Terasa jugak macam disisihkan bila kita ada dekat sebelah ecah, tapi ecah tak sudah berbual dengan aina. entah apa yang dibual pun kita tak dengar. bila kita tanya, muka ecah berubah, terus ecah jawab nak taknak. hmm, mungkin cerita tuh bukan untuk kita tapi kita sibuk2 nak tahu kan? kekadang sampai kita ada dekat sebelah pun, ecah macam tak nampak kita. Sebab tuh lah, kekadang kita jauhkan diri. sakit sangat duduk lama-lama dekat situ. lebih baik kita duduk dengan orang lain. Tak kena layan takpe sebab kita tak sayang diaorang macam kita sayang ecah. Tersentap sangat bila ecah cerita masalah kita berdua dekat cikgu ikram tapi takde bincang dengan kita pun. kita tahu, kita pun salah. sebab tak pernah nak berdepan dengan ecah tentang masalah semua ni. sebab apa? sebab kita taknak besarkan benda yang kecil. hati kita, biar kita je yang tahu. sakit ke luka ke, biar kita je rasa. kita nak ecah bahagia. hmm, takpe lah. mungkin kita perlukan ruang antara satu sama lain. kan? good luck untuk exam eh? buat yang terbaik. i love you :*


::Dear Aina Naqilah,
Tak guna aku jadi kawan kau, kalau aku tak boleh tolong kau. Serius, aku tak kesah pasal apa pun yang aku dah tolong kau. entah kenapa, cemburu buta aku dekat kau dengan ecah meluap luap. sumpah ! aku terasa. Dulu, aku buat tak endah pasal perasaan ni tapi bila aku selalu simpan, aku tak tahu kenapa tetiba jadi dendam. bukan dendam dengan korang, tapi aku dendam dengan diri aku sendiri. aku rasa aku bodoh sangat bila aku cemburukan korang. aku rasa aku bangang sangat bila aku terasa dengan korang. dada aku sakit sangat bila aku rasa korang abaikan aku. aku rasa nak lari jauh jauh ! tapi aku ingat pesan kau, jangan lari dari masalah. kenapa lah aku macam ni kan? dengan kawan sendiri pun aku nak sakit hati. dengan kawan sendiri pun aku berkira nak kongsi kaseh sayang. hmm :'( aku minta maaf. kau pelengkap hidup ecah sekarang,aku harap kau tak tinggalkan dia. jaga dia baik baik :') satu masa nanti, bila kita semua dah bersatu, benda pertama aku nak buat, aku akan tadahkan telinga untuk aku dengar cerita indah dalam hari hari korang :') aku tak salahkan korang tapi aku salahkan diri aku sendiri. aku yang salah mentafsir hati korang. maafkan aku yerk :'( Good luck untuk exam. bila dah success nanti, jangan lupa aku :) i love you :*

Wednesday, January 2, 2013

Dua Ribu Tiga Belas ^^V

Selamat malam. Selamat tahun baru. Selamat hari-hari :) Hahaha. Hope korang sihat + ceria sempena tahun baru ni. Mungkin tak berapa nak meriah tahun baru ni kan? Bagi aku lah. Tapi aku harap, hidup korang bertambah meriah. Tahun baru ni, apa yang korang dapat baru? Kalau budak sekolah tuh, biasa lah kan? barang semua nak baruu. Haa? ada yang dapat kekasih baru? Waaaa :o giler cool ! haha. Kalau korang tanya aku, memang takde pape pun yang baru. Nak hidup dalam kesederhanaan. Cewahhh ~ HAHA! Tak tahu lah kenapa, aku semakin tidak berminat nak ada barang baru. Dah banyak kali kott, mak aku tanya nak apa-apa ke tak? Tapi jawapan aku tetap sama, "Tak !". Keinginan aku sekarang cuma nak merayap je. Betul ! Kejap nak jalan sana, kejap nak jalan sini. Haih~ kenapa lah? HAHA ! Ohhh ! aku lupa lah. aku ada sesuatu yang baru. AZAM ! yess ! AZAM ! Azam BARU ! Apa azam aku? Aku nak jadi lebih baik dari dulu :) Azam lama apa pulak? Azam lama, aku cuma tahu nak berjaya jee, tapi malas menimbun jugak. So, tukar azam. Hehehe :D Buka buku baru tutp buku lama. ^_^ Tapi buku lama tuh, aku akan tetap menyelak. Untuk apa? Sebab, aku tak dapat nak lupakan semua tuh. Seriously, aku rindu segala kenangan yang ada dalam buku 2012 ! :') Aku harap, korang pun sama :) Okeyh ! Now, aku dah jadi Tingkatan 6 Atas tau ! :D Wahh. excited. haha. Jadi pelajar yang paling tua. -.-' Tak boleh nak HuHaHuHa sangat dah. Setiap penjuru jadi perhatian. Ada perasaan tidak selesa di situ ye. Takpe kott, tak lama. Sekejap je ! Sabarrr~ Harini hari first sekolah. pehh, asal lah macam penat giler je. Mengantok macam hape. Tolong lah wahai mata ! o..o Semangat kena kuat ! Jyeahh ! Korang macam mana? okeh ke tidak? Hope, segalanya dalam perancangan :) Bila masuk tahun baru ni, ada je benda yang aku teringat masa 2012. Haihh~ Kekadang sedih pun ada. Tapi aku percaya, segala yang berlaku ada hikmahnya. Malam hari tuh, aku boleh TERmimpi Si Baju Hitam pulakk. Haihh~ rindu giler ni. Dia tak sekolah da, so tak dapat lah nak terserempak2 lagii. Ingat Anwar? AKu pernah buat post pasal dia. Tapi aku padam. Sebab apa? sebab masa tuh, sia dah getback dengan makwe dia. So, aku hormat hubungan diaorang. Aku taknak, makwe dia salah paham dengan aku. Lagipun, makwe dia sendiri yang suruh padam. :) Nua, I hope you read this ! :') Haha, aku ni mengarut kan? Dia tuh entah ingat aku lagi ke takk. Aku nak contact dia, tapi no dia hilang pulakk. Takpe lah, dekat facebook pun dia dah taknak tegur aku, lagi kan nak otp. Kena maki kangg, saje je. haha. Tapi aku rindu dia ! rindu sangat ! Seriously, dia seorang kawan yang baik. :) Takpe lahh, biarlah dia lupa aku. Aku hanya mampu doakan dia dari jauh. Untuk masa ni, cukuplah Hassan sorang je yang jadi peneman aku. Even lepas ni, kitaorang dah tak rapat macam dulu, yelah, aku sibuk sekolah kan? Tapi takpe, asalkan kitaorang tak gaduh2 lagi dahh :) In Sha Allah ^^. Korangg? Mungkin aku terlambat untuk semua ni. Tapi aku harap, korang terima :) Aku nak minta maaf untuk segala salah silap aku selama ni. okeh? AKu harap, hubungan kita lebih baik pada 2013 dan tahun akan datangg. Maaf, aku lebih selesa berbahasa "Aku". Sebab aku tak berapa pandai nak berformal ni. AKu harap korang tak kesah :) SELAMAT TAHUN BARU 2013 ! <3 :D