
Hai kawan kawan yang sentiasa rajin menjengah blog ni :) semoga dalam keadaan yang gembira lagi menenangkan. InsyaAllah ~ ^^ Untuk entry yang anda anda baca itu, lepas baca tolong senyummm :) Saya ingin anda gembira semasa membaca ^^ InsyaAllah~ Setiap orang sentiasa mengharapkan seseorang berada di sisinya dikala gembira dan berduka. Kawan kawan semua pun sama kann? Kita mempunyai perasaan yang sama :) Lagi lagi seorang perempuan. Mempunyai hati yang sangat lembut dan sentiasa ingin disayangi. Itulah saya~ Wahhh ! macam jiwang pulakk kan ber'saya' dan ber'awak'. hehehe. Tak salah kan? Sekali sekala nak bersopan santun. Cewahhh~ hehehe. Okeyh ! "Aku sayang Mereka <3" Ikhlas dari sudut hati yang palinggg dalam ! Kebahagian aku, mereka yang mencorak dan dukaku, mereka yang menconteng. Itulah mereka~
Setiap manusia yang lahir di dunia ini, pasti akan melakukan silap dan salah. Bagi aku, salah dan silap mereka membuatkan aku lebih rapat dan ukhwah kami lebih terjalin. Aku juga pernah melukakan dan menyakitkan mereka. Apabila kesilapan sudah dilakukan, pasti ada sesi bermaaf-maafan. :) Akhirnya, duka itu bagai ditiup angin petangg. Kebahagian pula yang mendatang dikala malam.
Mereka ada dikala ku suka dan dikala ku duka :) dan aku berharap, aku boleh menjadi seorang yang sentiasa menemani mereka dikala mereka menangis dan mereka tertawa. Mungkin hanya impian yang tak mampu aku gapai, tapi aku akan cuba sehabes baek untuk aku menjadi teman yang baekk. :)
Andai satu saat, Allah takdirkan kami berpisah, biarlah rindu itu sentiasa ada. Andai satu saat Allah takdirkan kami saling membenci (NAUZUBILLAH), biarkan kenangan itu sentiasa berputar. Aku tidak mengharapkan kami sentiasa bersama, namun aku memohon sayang itu sentiasa ada. Aku tidak mengharapkan kami sentiasa gembira, namun kedukaan itu biarlah berpada.
Aku sayangg mereka <3

Ya Allah, rahmati hubungan kami. Temukan kami di syurga Mu. Aminnn~
No comments:
Post a Comment