Pages

Saturday, August 3, 2013

PENDOSA TANPA NOKTAH


Aku tidak berkata tentang kau, dia atau mereka.
Aku berkata tentang KITA !
Tidak kira aku atau kau.
Kita sering mencalitkan warna hitam
di atas papan putih cerita kehidupan ini.

Apa?
Kau tidak perlu berbicara tentang mati dalam sujud,
Andai tiang agama itu kau tidak pernah bina.
Kau tidak perlu berbicara tentang rindu pada Baginda,
Andai selawat dan salam ke atasnya kau tidak pernah menyambut.
Kau tidak perlu berbicara tentang zikir yang menenangkan,
Andai kau tidak pernah mengalunkan.
Kau tidak perlu berbicara tentang novel yang sempurna ialah Al-Quran,
Andai kau sendiri tidak pernah menyelak apatah lagi membacanya.

Aku juga seperti kalian.
Seorang pendosa yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk melakukan silap.
Tetapi mengapa kita tidak pernah cuba untuk mengosongkan
jalan cerita kehidupan ini tanpa warna hitam?
Hitam itu yang merapatkan kita dengan neraka.
Hitam itu dosa.

Saturday, April 20, 2013

Semua salah hati ke?

Aku masih perlukan korang :'(
Itu je ayat yang aku mampu ucapkan saat ni. Entah mengapa, terlalu banyak persoalan yang hadir membuatkan aku rasa aku perlu pergi jauh untuk mencari semua jawapan.

Bila aku mula menjauh, bukan jawapan yang aku dapat tapi masalah demi masalah yang mendatang.
Mungkin, perkara biasa dalam setiap hubungan ada pasang surutnya. Mana ada hubungan yang sentiasa bahagia kan?

Bila aku cuba runtuhkan tembok kekeliruan, makin utuh pula tembok salah sangka :'(
Bila aku cuba runtuhkan tembok salah sangka, makin utuh pula tembok cemburu buta :'(
Bila aku cuba runtuhkan tembok cemburu buta, mengapa makin utuh tembok kekhilafan antara kita?

Aku sayang korang sebab korang tulang belakang aku :') Aku akan terus sabar dan setia menanti saat kebahgiaan antara kita hadir. Walaupun aku tahu, PENANTIAN SATU PENYEKSAAN :')

::Dear Aisyah Izzati,
Kita tahu, kita banyak luka kan hati ecah. Kita minta maaf. Kita paham, lepas apa yang berlaku antara kita dengan nua, ecah mula jauh hati dengan kita. Takpe, kita redha. sebab kita tahu, kita tak mampu jadi yang terbaik untuk ecah. Kita nampak, ecah lebih sayangkan aina dari kita. sebab tuh, apa yang ecah buat, mana ecah pergi, ecah hanya cerita dekat dia/ ajak dia. Takda lagi dah cerita hari-hari indah ecah untuk kita. Jeles? yes! sumpah, jeles sangat. Tapi kita simpan sebab kita nampak ecah bahagia. Buat apa kita nak ragut kebahgiaan orang yang kita sayang kan? kita tahu, kita pun takde lah selalu ajak ecah bila kita pergi mana-mana kan? buat apa ecah nak ajak kita balik kan? hmmm :) takpe. Tapi kekadang terasa jugak macam diabaikan. Lagi terasa bila budak-budak kelas tanya kita " mana kawan-kawan?" rasa macam nak lari jauh-jauh dari soalan tuh. Tapi kena hadap jugak. Terasa jugak macam disisihkan bila kita ada dekat sebelah ecah, tapi ecah tak sudah berbual dengan aina. entah apa yang dibual pun kita tak dengar. bila kita tanya, muka ecah berubah, terus ecah jawab nak taknak. hmm, mungkin cerita tuh bukan untuk kita tapi kita sibuk2 nak tahu kan? kekadang sampai kita ada dekat sebelah pun, ecah macam tak nampak kita. Sebab tuh lah, kekadang kita jauhkan diri. sakit sangat duduk lama-lama dekat situ. lebih baik kita duduk dengan orang lain. Tak kena layan takpe sebab kita tak sayang diaorang macam kita sayang ecah. Tersentap sangat bila ecah cerita masalah kita berdua dekat cikgu ikram tapi takde bincang dengan kita pun. kita tahu, kita pun salah. sebab tak pernah nak berdepan dengan ecah tentang masalah semua ni. sebab apa? sebab kita taknak besarkan benda yang kecil. hati kita, biar kita je yang tahu. sakit ke luka ke, biar kita je rasa. kita nak ecah bahagia. hmm, takpe lah. mungkin kita perlukan ruang antara satu sama lain. kan? good luck untuk exam eh? buat yang terbaik. i love you :*


::Dear Aina Naqilah,
Tak guna aku jadi kawan kau, kalau aku tak boleh tolong kau. Serius, aku tak kesah pasal apa pun yang aku dah tolong kau. entah kenapa, cemburu buta aku dekat kau dengan ecah meluap luap. sumpah ! aku terasa. Dulu, aku buat tak endah pasal perasaan ni tapi bila aku selalu simpan, aku tak tahu kenapa tetiba jadi dendam. bukan dendam dengan korang, tapi aku dendam dengan diri aku sendiri. aku rasa aku bodoh sangat bila aku cemburukan korang. aku rasa aku bangang sangat bila aku terasa dengan korang. dada aku sakit sangat bila aku rasa korang abaikan aku. aku rasa nak lari jauh jauh ! tapi aku ingat pesan kau, jangan lari dari masalah. kenapa lah aku macam ni kan? dengan kawan sendiri pun aku nak sakit hati. dengan kawan sendiri pun aku berkira nak kongsi kaseh sayang. hmm :'( aku minta maaf. kau pelengkap hidup ecah sekarang,aku harap kau tak tinggalkan dia. jaga dia baik baik :') satu masa nanti, bila kita semua dah bersatu, benda pertama aku nak buat, aku akan tadahkan telinga untuk aku dengar cerita indah dalam hari hari korang :') aku tak salahkan korang tapi aku salahkan diri aku sendiri. aku yang salah mentafsir hati korang. maafkan aku yerk :'( Good luck untuk exam. bila dah success nanti, jangan lupa aku :) i love you :*

Wednesday, January 2, 2013

Dua Ribu Tiga Belas ^^V

Selamat malam. Selamat tahun baru. Selamat hari-hari :) Hahaha. Hope korang sihat + ceria sempena tahun baru ni. Mungkin tak berapa nak meriah tahun baru ni kan? Bagi aku lah. Tapi aku harap, hidup korang bertambah meriah. Tahun baru ni, apa yang korang dapat baru? Kalau budak sekolah tuh, biasa lah kan? barang semua nak baruu. Haa? ada yang dapat kekasih baru? Waaaa :o giler cool ! haha. Kalau korang tanya aku, memang takde pape pun yang baru. Nak hidup dalam kesederhanaan. Cewahhh ~ HAHA! Tak tahu lah kenapa, aku semakin tidak berminat nak ada barang baru. Dah banyak kali kott, mak aku tanya nak apa-apa ke tak? Tapi jawapan aku tetap sama, "Tak !". Keinginan aku sekarang cuma nak merayap je. Betul ! Kejap nak jalan sana, kejap nak jalan sini. Haih~ kenapa lah? HAHA ! Ohhh ! aku lupa lah. aku ada sesuatu yang baru. AZAM ! yess ! AZAM ! Azam BARU ! Apa azam aku? Aku nak jadi lebih baik dari dulu :) Azam lama apa pulak? Azam lama, aku cuma tahu nak berjaya jee, tapi malas menimbun jugak. So, tukar azam. Hehehe :D Buka buku baru tutp buku lama. ^_^ Tapi buku lama tuh, aku akan tetap menyelak. Untuk apa? Sebab, aku tak dapat nak lupakan semua tuh. Seriously, aku rindu segala kenangan yang ada dalam buku 2012 ! :') Aku harap, korang pun sama :) Okeyh ! Now, aku dah jadi Tingkatan 6 Atas tau ! :D Wahh. excited. haha. Jadi pelajar yang paling tua. -.-' Tak boleh nak HuHaHuHa sangat dah. Setiap penjuru jadi perhatian. Ada perasaan tidak selesa di situ ye. Takpe kott, tak lama. Sekejap je ! Sabarrr~ Harini hari first sekolah. pehh, asal lah macam penat giler je. Mengantok macam hape. Tolong lah wahai mata ! o..o Semangat kena kuat ! Jyeahh ! Korang macam mana? okeh ke tidak? Hope, segalanya dalam perancangan :) Bila masuk tahun baru ni, ada je benda yang aku teringat masa 2012. Haihh~ Kekadang sedih pun ada. Tapi aku percaya, segala yang berlaku ada hikmahnya. Malam hari tuh, aku boleh TERmimpi Si Baju Hitam pulakk. Haihh~ rindu giler ni. Dia tak sekolah da, so tak dapat lah nak terserempak2 lagii. Ingat Anwar? AKu pernah buat post pasal dia. Tapi aku padam. Sebab apa? sebab masa tuh, sia dah getback dengan makwe dia. So, aku hormat hubungan diaorang. Aku taknak, makwe dia salah paham dengan aku. Lagipun, makwe dia sendiri yang suruh padam. :) Nua, I hope you read this ! :') Haha, aku ni mengarut kan? Dia tuh entah ingat aku lagi ke takk. Aku nak contact dia, tapi no dia hilang pulakk. Takpe lah, dekat facebook pun dia dah taknak tegur aku, lagi kan nak otp. Kena maki kangg, saje je. haha. Tapi aku rindu dia ! rindu sangat ! Seriously, dia seorang kawan yang baik. :) Takpe lahh, biarlah dia lupa aku. Aku hanya mampu doakan dia dari jauh. Untuk masa ni, cukuplah Hassan sorang je yang jadi peneman aku. Even lepas ni, kitaorang dah tak rapat macam dulu, yelah, aku sibuk sekolah kan? Tapi takpe, asalkan kitaorang tak gaduh2 lagi dahh :) In Sha Allah ^^. Korangg? Mungkin aku terlambat untuk semua ni. Tapi aku harap, korang terima :) Aku nak minta maaf untuk segala salah silap aku selama ni. okeh? AKu harap, hubungan kita lebih baik pada 2013 dan tahun akan datangg. Maaf, aku lebih selesa berbahasa "Aku". Sebab aku tak berapa pandai nak berformal ni. AKu harap korang tak kesah :) SELAMAT TAHUN BARU 2013 ! <3 :D

Tuesday, November 6, 2012

Maafkan Sayaaa ! :'(

Dengan lafaz 'bismillah' aku ingin menceritakan kisah hati aku. Dengan lafaz 'bismillah' aku berharap mereka memaafkan aku. Dan dengan lafaz 'bismillah' , sungguh aku menyayangi mereka :')
Maafkan aku, Sayangg. Lidah yang sentiasa salah bicara, hati yang sentiasa salah menduga , fikiran yang sentiasa salah menyangka membuatkan sekeping hatimu sentiasa terluka. Sungguh, aku tiada niat laen selaen daripada menginginkan kau melakukan yang terbaek dalam hidup. Tapi, mungkin aku silap. Sepatutnya, sahabat yang sejati akan menerima pasangannya sama ada baek atau buruk si dia. Sekali lagi, maaf. Hanya itu aku mampu ucapkan. Maafkan aku yang tak bisa menjadi seorang teman yang sempurna. Lumrah manusia, hanya menginginkan yang cantek belaka tanpa menghiraukan hati pasangannyaa. Ya, aku salah. Sekali lagi. Aku sentiasa mengulang salah yang sama. Melukakan. Melukakan. Terus melukakan. Khilafku ! Andai kau tahu isi hatiku, aku pasti kau akan terima kata-kata hikmat yang kau anggap sebagai dusta itu. Andai kau tahu, betapa dalamnya kasihku, aku pasti, kau akan terima amarahku dengan sebaeknya. Aku hanya inginkan yang terbaik. Jika bagimu aku ni pendusta, ya ! aku memang pendusta. Jika bagimu aku ni pencinta, ya ! aku memang pencinta. Aku hanya ingin melihat senyuman di wajah molekmu. Cukup, buat aku mengerti apa itu 'bahagia'. Walaupun sering kali, amarah yang aku lemparkan, jauh di sudut hati, aku menangis. Aku menangis kerana aku tidak mampu memberi kelembutan pada engkau. Kelembutan yang layak kau terima. Sungguh, aku sangat mengasihimu. Aku ingin kau menjadi yang terbaek dalam kalangan yang terbaek. Itu harapanku. Kejayaan yang kau terima satu hari nanti, akan membuatkan kau mengerti segala isi hatiku. Andai kau tidak pernah menyalahkanku, dan andai aku tidak pernah menyalahkan diri aku sendiri. Sekeping hati yang kau miliki, telah aku lukai. Tetapi, sekeping hati yang aku miliki, telah kau terbangkan bersama angin yang membawa 1001 kegembiraan dan kebahgiaan hati.
*Saya sayangg sangat dekat awak. Saya takut, saya tak kuat bila awak dah takde dekat sisi saya. Takut sangatt. Awakk, maafkan saya. Saya takde niat lain. Saya cuma nak awak berubah kepada yang lebih baik. Saya nak awak bahagiakan ibu dan abah awak. Itu saje sayangg. Takpe, mungkin cara saya salah. Maafkan saya buat awak banyak sangat terluka. Mungkin awak rase saya dah tak sayang awak lagi tapi sebenarnye, saya selalu rindukan awak. Saya cuma nak awak tahu, saya memang terima awak seadanya. Baik buruk awak, saya terima. InsyaAllah~ Tapi saya masih berharap, awak boleh berubah ke arah yang lebih baik. Semua ini, untuk awak sendiri sayangg. Bukan untuk saya. Saya takut, satu hari bila saya dah takde dekat sisi awak, takde siape yang nak dorong awak. Saya nak awak jadi lebih kuat.
*Awak, saya akan selalu rindukan awak. Gelak ketawa awak, semua sentiasa ada dalam kotak hati saya. InsyaAllah selagi Allah maseh izinkan. Biarlah kita bahagia dengan cara kita. Andai makian yang saya dapat, mampu buat awak girang, maki lah saya. Andai tumbukan yang saya dapat mampu buat aku ceria, tumbuklah saya. Tetapi, andai senyuman yang saya lemparkan, membuatkan awak berduka, saya sanggup menangis sepanjang hari. Semua kerana saya sayang awakk.
*Awakk, terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh sebab sudi jadi pendengar setia saya. Maafkan salah-salah saya. I know who I'm. Maaf atas segala keburukan saya yang awak terima. Siapa kita dulu, itu tak penting. Siapa kita sekarang akan menentukan kebahgiaan kita masa akan datang. InsyaAllah~ Senyuman awak, kebahgiaan saya. Gelak tawe awak, penawar duka saya. Kemanjaan awak, penghapus aer mate saya. Terus berada di sisi saya dan terus menjadi teman saya. Itu saya harapkan. Terus berada di belakang saya dan terus menjadi penyokong saya. Itu saya inginkan. Andai Allah izinkan, saya ingin kita terus berpimpin tangan :)
*Di luar saya tersenyum tapi di dalam, separuh jiwaku telah pergi. Sayang sekalian, saya akan selalu rindukan awak semua. Kasih saya untuk awak semua akan sentiasa saya jaga. InsyaAllah. Hanya mampu tadah tangan dan berdoa :) Allah menentukan segalanya. Kenang daku, dalam doamu. Maaf untuk segala kekurangan. Terima kaseh untuk segala kelebihan. Salam Sayangg <3

Saturday, November 3, 2012

Good Luck Sayanggg ! ^_^

Tak jawab dosa kalau jawab anda sayang saya :) ha ha ha. Terima Kaseh kerana menyayangi saya dan saya akan membalas sayang itu ! Wahhh~ jiwangg >.< Ha ha ha. Sekali sekala. okeyh ! Kesah ape pulak ye entry kali ni? Actually, pasal exam. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Macam mana ek? Takpe, kite start dengan trial yang baru je lepas ni. Haihh ! =.= Korang nak tahuu? aku dengan member2 aku, belum panas punggung lagi duduk study, tup tup kena final exam isnin nieh ! Whhooaa -,- Macam mane nieh? Takpe takpe, watlex watpeace ! Ha ha ha. Even tak berapa nak ready, aku dand the geng kena ready jugak lah kenns? Ngeee :D And now, aku nak wish dekat sayang-sayang aku. Firstly, for my sweetheart :: AISYAH IZZATI, good luck eh sayangg. Hope Ecah dapat buat yang terbaekk untuk bagi senyuman dekat ibu and abah. Kite nak minta maaf if ada buat salah yang di sengajakan or takk. Maaf ye ! Kekadang, lidah salah bicara, hati salah menduga dan fikiran salah mengira terus membuatkan hati terluka. Maaf Sayangg ! If you know, I love you damn much ! Mmmuah sebijik ! :* He he he. And, one more thing. Kite harap Ecah kurangkan sikit perangai yang suke memberontak and merungut tuh sayangg. Sungguh, kite tak suke. Maaf, kalau kite terlebih. Tapi, kite perlu cakap ini. Kite cuma nak Ecah lebih bersyukur dengan apa yang kite ada and dapat. Even tak seberapa, semua tuh ada hikmah disebaliknya sayangg. And kite perlu usaha lebih untuk dapatkan lebih, bukan merungut or memberontak macam Ecah buat. Seriously, kite nak sangatt Ecah buat yang terbaek dalam hidup Ecah :) Kite nak Ecah jadi kuat sebab kite tak mampu berada disamping Ecah sampai bila-bila. Satu saat, kite perlu terima kenyataan yang kite akan berpisah satu hari nanti sama ada kita mahukannya ataupun tidak :') Secondly, for my baby :: AINA NAQILAH, good luck sayangg. Hope Aina dapat buat yang terbaekk. Kite dah janji kan nak jadi 'Cikgu' ? And I hope, kite dapat capai same-same :') Even, Aina selalu sangat buli Asmah tapi Asmah tak kesahh. Sebab Asmah tahu, Asmah akan rindu saat-saat itu :) Asmah nak Aina tahu, bila Asmah cakap "aku taknak kawan kau !", itu hanyalah sekadar kata-kata yang Asmah tak pernah maksudkannya. Sebaliknya, dalam hati Asmah cakap "Aku nak jadi kawan kau sampai bila-bila". When I say "I love youu, I really mean it ! ". Aina jangan cepat putus asa eh? Asmah tahu, Aina kuat orangnye :) Maaf, kalau selama kita bersahabat, ada kata-kata yang menyinggung perasaan, yang mengguris hati dan melukan jiwa. Maaf sayangg. Mmmuah setepek ! :* He he he. Lastly, for my honeydew :: NURUL NAJWA, good luck eh sayangg :) buat yang terbaek tauu. Nak exam ni, kurang-kurangkan lah sikit manja dengan mak tuh. He he he. Nak minta maaf, if selama ni hati banyak terluka kerana sikap yang tak diduga, percakapan yang ter'over'. Asmah harap, Najwa sayangkan Asmah macam mana Asmah sayangkan Najwa eh? Cewaahhh~ Ha ha ha. Terima kaseh sebab sentiasa ada disamping Asmah dikala Asmah gembira dan berduka. Walaupun kadang-kadang, nasihat Najwa takboleh pakai untuk Asmah, tapi terima kaseh sebab sudi jadi pendengar setia Asmah. Ha ha ha. Mmuah sebuku ! :* He he he. Busuk ! :p Saya sayang awak semua :) And untuk readers sekalian, good luck jugak eh? Bukan untuk exam jee tapi untuk kehidupan anda sekalian :)
Anda bahagia? Saya akan lebih bahagia. Anda berduka? Saya akan turut mengalirkan aer mata. Saya harap, kita akan jadi lebih tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Salam Sayangg :: SITI NORASMAH MISMAN ^_^

Wednesday, October 31, 2012

Dulu, kini dan selamanya :D

Titisan aer hujan yang menitis amat menenangkann. Alhamdulillah :) Apa kaitan entry aku dengan hujan pulak ni? Takkk, itu mukadimah jee. Apa pulak cerita kali ini? Tentang seorang sahabat aku lagi ! Di tadika, aku bersamanyaa. Sekolah rendah, aku bersamanyaa. Sekolah Menengah? Of course ! Sekali lagi bersama si dia. Even kiteorang tak sekelas, eh? kiteorang sekelas lahh. Tapi setahun jee. Tuh pun mase form 1. Ha ha. Tapi kiteorang still together. And now, walaupun die jauh dari pandangan mata, namun die dekatttt di hati. Die dah sambung belajar dekat KMJ now. Takpeee, bila die cuti balek kampungg, hari-hari kiteorang jumpe tau ! Ha ha. Bila jumpe, mulut jee cakap bosan tapi hati? Berbunga-bunga :D Ada sajee cerita yang kiteorang nak bualkan. Sampaikan beruk dengan tenuk punn boleh dibualkan. Ha ha. Bak kata Aina ^_^ Seriously, aku sayanggg die sangat-sangat. Kiteorang penah gaduh takk? Ohmaii~ fakta nieh. Langsung tak penahh ! Yeahhh ! Tak tipu langsungg. Sebab kiteorang jarang jumpe, takkan kiteorang nak keruhkan kerinduan tuh dengan pergaduhan kan? kan? kan? Ha ha. One more, kiteorang ni sekampung sebenarnyee. Lagi seronokk ! Rumah die tuh, selang due rumah je dari rumah aku. He he he. Mungkin sebab tuh jugak kiteorang tak penah gaduhh. Eh ! ada lagi. Kiteorang sentiasa ada give and take :) Tuh yang aku bersyukur sangattt. Tapi sebenarnyee, semuanya bermula dari Allah. Allah yang memanjangkan jodoh persahabatan aku dan dia. Terima kaseh Ya Allah :)
Nor Liyana binti Md. Saleh :: Seriously, I very love youu dan always miss you damn much ! Thank you for being my friend :)

Thursday, October 25, 2012

Aku sayang mereka !

Hai kawan kawan yang sentiasa rajin menjengah blog ni :) semoga dalam keadaan yang gembira lagi menenangkan. InsyaAllah ~ ^^ Untuk entry yang anda anda baca itu, lepas baca tolong senyummm :) Saya ingin anda gembira semasa membaca ^^ InsyaAllah~ Setiap orang sentiasa mengharapkan seseorang berada di sisinya dikala gembira dan berduka. Kawan kawan semua pun sama kann? Kita mempunyai perasaan yang sama :) Lagi lagi seorang perempuan. Mempunyai hati yang sangat lembut dan sentiasa ingin disayangi. Itulah saya~ Wahhh ! macam jiwang pulakk kan ber'saya' dan ber'awak'. hehehe. Tak salah kan? Sekali sekala nak bersopan santun. Cewahhh~ hehehe. Okeyh ! "Aku sayang Mereka <3" Ikhlas dari sudut hati yang palinggg dalam ! Kebahagian aku, mereka yang mencorak dan dukaku, mereka yang menconteng. Itulah mereka~ Setiap manusia yang lahir di dunia ini, pasti akan melakukan silap dan salah. Bagi aku, salah dan silap mereka membuatkan aku lebih rapat dan ukhwah kami lebih terjalin. Aku juga pernah melukakan dan menyakitkan mereka. Apabila kesilapan sudah dilakukan, pasti ada sesi bermaaf-maafan. :) Akhirnya, duka itu bagai ditiup angin petangg. Kebahagian pula yang mendatang dikala malam. Mereka ada dikala ku suka dan dikala ku duka :) dan aku berharap, aku boleh menjadi seorang yang sentiasa menemani mereka dikala mereka menangis dan mereka tertawa. Mungkin hanya impian yang tak mampu aku gapai, tapi aku akan cuba sehabes baek untuk aku menjadi teman yang baekk. :) Andai satu saat, Allah takdirkan kami berpisah, biarlah rindu itu sentiasa ada. Andai satu saat Allah takdirkan kami saling membenci (NAUZUBILLAH), biarkan kenangan itu sentiasa berputar. Aku tidak mengharapkan kami sentiasa bersama, namun aku memohon sayang itu sentiasa ada. Aku tidak mengharapkan kami sentiasa gembira, namun kedukaan itu biarlah berpada. Aku sayangg mereka <3
Ya Allah, rahmati hubungan kami. Temukan kami di syurga Mu. Aminnn~