Pages

Thursday, November 26, 2015

Isu Kesihatan : Kanser Payu Dara
Nama : Siti Norasmah Binti Misman
No Matrik : 235467
Group : Kuliah 2

            Sakit dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Jika tiada penjagaan yang rapi dalam aspek kesihatan, pastinya risiko berpenyakit itu lebih tinggi untuk dihidapi. Wanita lebih dikenali dengan risiko kanser payu dara.  Kanser payu dara ialah kanser yang biasa menimpai kaum wanita dan kanser tersebut mewakili 31% daripada kejadian kanser di kalangan wanita di Malaysia.
Apakah sebenarnya kanser payu dara? Kanser payu dara ialah sejenis tumor yang menular dengan ganas dan mengancam nyawa dan berkembang di dalam tisu payu dara. Tumor ini boleh merebak ke nodus limfa yang terletak di bawah ketiak dan seterusnya bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang-temulang dan hepar jika tidak dikesan dan dirawat dari awal.
Kanser ini boleh berpunca daripada berapa lama seorang wanita itu terdedah kepada estrogen. Setiap kali sesuatu sel itu membahagi, tercetuslah beribu-ribu reaksi biokimia yang mesti berlaku dengan pantas dan tanpa sebarang kesilapan. Selain itu, penyebab kanser payu dara ialah kerosakan oksidan iaitu radikal bebas yang menimpai DNA sel-sel duktus. Zarah-zarah oksidan boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kesilapan kasar semasa pembahagian sel, dengan itu melahirkan sel-sel yang membarah.
Secara realitinya, kita tidak boleh berbuat apa-apa tentang keturunan kita yang berpenyakit dan tidak banyak yang kita boleh lakukan secara berseorangan khususnya mengenai persekitaran kimia. Walau bagaimanapun, kita boleh mengurangkan kadar kejadian kanser dengan hanya mengubah apa yang kita makan.
Sayur-sayuran krusifer seperti kobis bunga khusunya brokoli mempunyai keupayaan untuk menentang kanser. Sebatian yang ada di dalam sayuran tersebut ialah sulforaphane. Sulforaphane meningkatkan pengeluaran enzim-enzim fasa II ! Kukuskan sayur-sayuran ini ataupun makan mentah-mentah bila-bila masa sahaja yang boleh  untuk memelihara secara terbaik nutrient-nutrien yang melawan kanser.
Ambillah multi vitamin yang membekalkan anda 12 vitamin perlu dan 7 mineral setiap hari. Ia meningkatkan kesihatan seluruh badan, menggalakkan kefungsian imun yang kuat, mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan seterusnya asas ini juga mengisi jurang-jurang kekurangan nutrisi yang terdapat dalam pengambilan makanan anda setiap hari.
Sesunguhnya kesihatan yang kita perolehi pada masa kita adalah harta yang amat bernilai. :) 


No comments:

Post a Comment